Friday, November 26, 2010

FINALE SEASON: THE BEST VACATION JOURNAL


Saat Cute Mum baca tugasan yang diberikan, terus berdebar-debar jantung.. Rasanya macam dah nak tarik diri... Tapi harini 26 November 2010, Cute Mum cuba juga membuat sesuatu yang terbaik untuk Dania Alisha.. Sebab Kemenangan Dania tercalon dalam TOP 6 lah kami berpeluang merebut Hadiah Utama iaitu:-

3D2N HOLIDAY PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND + 70 PCS 4R SIZE PHOTOS SPONSORED BY MALINASIAM.COM....

Pertandingan ini dianjurkan oleh Dua orang Wanita iaitu Suziey Dan Momguess... Jadi, kalo nak menang, kenalah kenal siapa mereka berdua nie kan?? Baru boleh curi hati diorang pilih Family Dania menang...

Nama sebenar Suziey adalah Siti Suziyanti Binti Ahmad. Mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik.. ada MBA dari UUM... Baru jer konvo 27 March 2010..Tahniah Suziey.. Sekarang bertugas di POS MALAYSIA..

Suziey juga telah berkahwin dengan Chenta Hatinya Abbashah.. Dah 4 tahun mereka bersama.. Chenta Hati Suziey nie sangatlah romantik.. Pandai wat suprise untuk sambut Anniversary mereka.. Mereka berdua nie memang loving couplelah... Boleh kata semua aktiviti nak buat bersama.. Semoga terus berbahagia hendaknya...

Hasil Percintaan Suci itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel dan pandai bergaya pada 26 November 2007... Muhammad Harraz Aqeel.. Hepi besday yang ke 3.. Semoga Aqeel menjadi anak yang taat pada ALLAH dan Ibu Bapa yer.. Aqeel juga peminat setia Upin & IPIN...

Suziey mula berblog dari Julai 2008.. Setakat nie dah ada 615 entri yang telah ditulis oleh Suziey.. Boleh dikatakan Blogger Tegar Suziey nie.. Selain tue rajin juga berjumpa rakan-rakan Blogger.. Antaranya Haze, Ayu dan Watie.. Maknanya Suziey nie Peramah orang nyer.. Pasnie leh lah beramah mesra ngan Dania pulak.. heheh..

Last sekali, Cute Mum suka sangat minat Suziey & Chenta Hatinya yang suka wat Photoshoot.. Semua gambar-gambar mereka cantik sangat.. Hasil menggunakan Canon EOS 450D.. Suziey pon tak lokek ilmu.. Ada info tutorial menghasilkan gambar yang menarik.. Memang sesuai lah untuk Cute Mum dan Daddy yang baru berjinak menggunakan DSLR..

Suziey nie memang suka melancong untuk tenangkan stress.. Dan tempat fav mereka adalah Pantai.. Sampai Honeymoon pon kat Pulau Kapas, Redang, Tioman & Pangkor.. Tapi, Cute Mum paling suka Percutian mereka di Perhentian Island pada 24-26 April 2010 sebab tempatnya sangat cantik...


Suziey memilih untuk naik Flight ke Airport Kuala Terengganu sebelum ke Jeti Kuala Besut.. Perjalan dari Airport ke Jeti memakan masa 1 jam setengah dengan cas RM110.. Tapi kalo nak lebih dekat, turun di Airport Kuala Besut.. Perjalanan cuma 1 jam dan cas hanya RM60-RM70 Sahaja..


Mereka menginap di Awana Hotel..Menurut Suziey, pantai di depan Awana Resort nie boleh mandi.. Airnya hijau dan ada pasir pantai.. Sesuailah untuk anak-anak kecil bermadi manda dan bermain... Disebabkan mereka nie suka berfoto.. Banyak jugaklah gambar yang diletak untuk tatapan kita..

[Perhentian 301[8].jpg]

Pada hari kedua, Suziey plan nak pergi Snorkelling... Tapi cuaca tak begitu baik.. Hujan dari pukul 2pm hingga keseokannya.. Nasib baik Suziey tak amik sekali pakej Snorkelling.. Kalo tak rugi lah.. Pemandangan dasar laut tak begitu cantik dan bahaya.. Lagipon cas nya sama sahaja RM40 untuk 2-3 trips snorkelling termasuk peralatan kalo bayar on the spot..


Seawal selepas solat subuh, Chenta Hati Suziey tak lepaskan peluang untuk Shooting Sunrise.. Tp disebabkan hujan, sunrise tak nampak.. Kabus tebal.. Tapi hasil gambarnyer sangat cantik..


Sebelum balik, Suziey sempat lagi borong kopok leko.. Katanya the best kopok leko adalah kopok leko kuala besut.. Suziey balik ke KLIA naik MAS.. Setibanya di rumah, tamatlah Percutian Suziey..

Cute Mum tak pernah lagi ke sana.. Dah review percutian nie, terasa nak pergi sangat.. Nak jugak amik gambar cantik-cantik.. Kalo sesiapa nak tahu lebih lanjut.. Silalah ke sini >> Holiday at Perhentian Island..

Dah citer pasal Suziey, wajiblah cite pasal Momguess juga.. Nanti merajuk pulak.. heheh..

Momguess adalah nama glemour kat blog.. Tapi nama sebenarnya Malina Bt Siam.. Bekerja di BCSB sudah hampir 9 tahun.. Dah berjaya menjual tanah dan harta tanpa bantuan orang lain.. HEBAT tak??

Momguess mula berblog dari Februari 2009 dan kebanyakkan gambar di entri nya adalah makanan... menang menyelerakan... Penulisannya juga ringkas dah padat..

Seorang ibu tunggal yang tabah dan ibu yang sangat caring.. Mempunyai adik beradik yang sangat happening.. Kira diorang nie memang close each other..

Anak teruna Momguess adalah Aiman.. Sangat sayang pada Ibunya.. Sanggup meredah hujan untuk beli kek ibunya.. Aktif bersukan.. yang terbaru wakil sekolah bawah 15 tahun acara Rugby..

Momguess nie rajin keluar Outing.. Dengan anak, mak dan juga kawan-kawan... Pastue makan tak tinggal.. Shopping pon ada jugak.. Bercuti pon ada jugak..

Antara tempat percutian yang Momguess pergi adalah Pulau Redang... Momguess pergi bersama ahli keluarga nya.. Cute Mum suka sebab tempatnya menarik jugak.. Belum pernah kesana lagi...


Mereka bertolak ke Jeti Merang seawal 7.30 pm sebab takut tertingal bot.. Tapi sampai kat sana, bot itu hanya mereka jer yang naik.. Sebab pergi Weekdays.. Boleh kata tak der orang lah nak ke Pulau Redang tue.. Dah jadi Private Island lah.. Perjalanan ke resort dari jeti lebih kurang 1 jam..


Momguess menginap di Lang Sari Resort.. Makanan yang disediakan kat sini pon sedap-sedap... Jalan-jalan cari makan pon dah sampai kat sini.. Jadi memang kompom sedaplah.. Hari pertama berhidang, hari berikutnya dah buffet..


Aktiviti yang menarik yang dilakukan oleh mereka adalah volleyball pantai dan Main Saidina sampai pagi.. Ratenya RM5/2hour.. Tapi diorang dapat free jer.. Yang paling utama adalah Snorkelling...Mereka Snorkelling kat 3 tempat iaitu Batu Bulan dan Karang Bahar.. Diorang juga berjaya tangkap Gamat dan Ikan NEMO..


Akhir kata dari Momguess, kalo pergi tempat ada Pakej Snorkelling, jangan bawa anak kecik.. Tapi bawa pasangan yang berlainan jantina.. hehehe...
Kalo sesiapa nak tahu lebih lanjut.. Silalah ke sini >> Redang Island

Antara banyak tempat percutian Suziey dan Momguess, percutian kat Pulau Perhentian dan Pulau Redang tue jugak yang menarik perhatian Cute Mum.. Wat Cute Mum teringin sangat nak pergi dengan Dania... Dapat main pasir pon jadilah.. Sebab Cute Mum tak pandai berenang.. Snorkelling lagi lah tak pernah... Daddy pulak bosan kalo tempat camtue..

Tapi sejak ada DSLR, dah tak kesah.. Sebab boleh belajar Shoot gambar lagi..Macam gambar percutian kami kat Lumut nie..


Kami bercuti kat Lumut pada 21 November 2010 itu pon cuma 1 malam jer.. Kami pergi Lumut sebab My BIL kawen.. Kami sampai pon dah lewat petang.. Hari tue sempat jalan-jalan kat sekitar Jeti jer.. Malamnyer Majlis Akad Nikah.. Esoknya lepas bersanding baru jalan-jalan lagi... Terkilan jugak tak pergi awal.. Kalo tak Sabtu tue boleh jugak pergi jalan-jalan kat Pangkor.. Tapi puas gaklah bergambar dengan Dania.. Insyaallah, ada rezeki kami akan jalan-jalan kat Pangkor..

8 comments:

momguess said...

yuhuuuuuu
gud luck dear

mama_umar_maryam said...

gudluck jugak ;), kiutnye bb girl awak

[-suziey-] said...

ok dh review..will review again n again..heeh..thanks so much for ur effort..good luck ok :)

Imaan09 said...

Besh of Luck dear!
erm, jgn lupa linkback banner kt entry kepada n3 Pn Suziey..(saja igtkan..kut2 terlupa)

EiJa ZaQuaN said...

Good Luck Cute Mum..

hadiahnya mmg sungguh lumayan gitew..

me mmg dh lama idam nak g pulau perhentian ..baca n3 ni bertambah la lg nak g pulau perhentian..hehehhe..

mama tisya said...

smua tk sbr saper kah gerangan yg akan dpt percutian itu...good luck

Nana said...

good luck yea...utk seme2 juga

Cute MuM said...

tq semua..

@Imaan09 : tq ingatkan.. rase2 dah backlink tadi.. nasib baik sempat tengok balik kat umah nie.. kalo tak, mesti dah DQ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails