Friday, December 31, 2010

" CONTEST LELONG : I LOVE MY SELF !"

contest
Klik Banner Untuk Join..

Cut Mum tag:
Sweetmama
Eb
Kay

Tarikh Tutup:
31 Januari 2011

Selepas tamat Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Cute Mum telah ditawarkan kerja di Institut Penilaian Negara (INSPEN).. Masa tue awal bulan Januari 2006Disitu Cute Mum berkawan dengan dua orang iaitu Fara & Aima.. Kami memang geng kamcing lah.. Pergi mana2 mesti bertiga... Disinilah titik pertemuan Cute Mum dengan Aima...


Awal tahun 2007, kontrak Cute Mum pon tamat.. Cute Mum dapat kerja kat Kelana Jaya.. Tugas kat sana memang berat.. sampai tak der masa nak rehat... Sejak dari itu, Cute Mum dah jarang dapat keluar bersama mereka... Kami tak lost Contact, cuma sms jer.. Cute Mum tak tahan kerja kat situ, tukar bekerja di Cheras pula...

Satu malam tue, Cute Mum ajak Fara & Aima tengok wayang.. Tapi Fara tak dapat ikot.. Kami pergilah berdua... Cerita pertama kami tengok adalah.."Waris Jari Hantu"..


Lepas keluar wayang, Cute Mum saja2 ajak Aima jadi BF partime.. Tak sangka pula Aima kata Fulltime pon boleh... hehehe... sejak hari tue, kami selalu gak keluar minum bersama walaupon Fara tak der.. Tak tahu macam mana, tiba2 rasa cinta berputik pula.. hahaha..

Nak dipendekkan cerita, pada 1 Jun 2007 Cute Mum yang ajak Aima Kawin. Betul... Tak tipu... tempat yang menjadi saksinya adalah Bulatan Masjid Putrajaya.. Aima pula terus setuju... Tapi dia minta masa 2 Tahun untuk kumpul duit... Kami tak nak hubungan ini tiada matlamat.. Kami bersetuju kumpul duit kawin bersama2...

Cukup 1 Tahun, kami bertunang ... Tarikh bersejarahnya 5 Julai 2008..


Setelah mengharungi pelbagai dugaan orang bertunang selama setahun, kami telah diijab kabulkan pada 3 Julai 2009..


Alhamdulillah, sekarang dah 1 Tahun lebih kami menjadi suami & isteri... Aima betul-betul kotakan janjinya pada Cute Mum.. Itu yang membuatkan Cute Mum sayang & yakin padanya..

Cinta kami akan terus mekar dengan adanya Dania Alisha yang dilahirkan pada 29 Mei 2010...


Ringkasan Percintaan kami..
1 Tahun berkawan
1 Tahun Couple
1 Tahun Tunang
1 Tahun ++ Berkahwin...

Kami boleh kekal bersama sehingga sekarang kerana kami berkongsi minat yang sama... Antaranya...

Boling....


Cute Mum doakan rumahtangga kami akan kekal hingga ke akhir hayat..AMIN..

1 comment:

Myra Jay said...

Gud Luck Cute Mum, menarik citer cute mum nie... Thniah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails