Tuesday, December 21, 2010

CONTEST : MUMMY ILA ANNIVERSARY

Klik Banner Untuk Join..

Tarikh Tutup:
30 Disember 2010

Bila bercerita tentang Anniversary, semuanya akan kongsikan pengalaman manis mereka keluar dating bersama suami.. Romantik Dinner... Dapat Hadiah best2... Cute Mum baru sekali jer sambut Anniversary pada 3 Julai 2010...


Sambutan anniversary pertama kami lain dari yang lain.. Sebab masa tarikh bersejarah itu, Cute Mum masih dalam pantang.. Kami tetap nak sambut dengan buat Majlis Cukur Jambul puteri pertama kami...Dania Alisha.. Kira sambut sama2 lah.. Tapi disebabkan ada masalah sedikit, Majlis diadakan pada 10 Julai 2010 di Rumah My Mom, West Country Kajang...


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Majlis dihadiri oleh keluarga sebelah Cute Mum dan Suami.. Kawan-kawan dan jiran-jiran pon datang memeriahkan majlis ini..Orang kata dah macam kenduri kawenlah.. Marhaban dari Persatuan Wanita Sek5 BBB..

Sebagai tanda terima kasih dari kami sekeluarga...


Tetamu dapat Bunga Telur dan Goodie bag yang telah ditempah khas.. Tema Hijau...

Cute Mum gembira sangat dapat beri hadiah yang paling bermakna dalam hidup Suami.. Iaitu Zuriat... Mana-mana lelaki pasti mahukan zuriat.. Jadi Cute Mum beruntung diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri..


Kalo Cute Mum bagi hadiah Zuriat kat Suami, suami Cute Mum juga tetap bagi hadiah sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya.. Inilah Hadiah yang sangat unik hasil kerja tangan suami Cute Mum..

PIN BOLING (RM170)

Suami pilih warna kesukaan Cute Mum iaitu Purple... Yang penting hadiah ini akan kekal selama-lamanya...

Inilah Memori Anniversary pertama Cute Mum.. Harap-harap tahun depan Cute Mum dapat buat sesuatu yang lebih istimewa untuk insan yang Cute Mum cinta...

"I Love U, B!!"

3 comments:

Mama Zharfan said...

sweet :) good luck yer

ILA HAFIZ said...

so sweet...same date dgn birthday hubby ila. terima kasih sudi join contest ila ye. good luck!

pemenang akan diumumkan pada 1 januari 2011. tunggu :)

jom kawan2 yg lain mencuba nasib

ILA HAFIZ said...

TAHNIAH CUTE MUM!

ANDA TELAH TERPILIH MEMENANGI TEMPAT KE-3 CONTEST MUMMY ILA ANNIVERSARY.

sila tinggalkan alamat email ke ruangan komen http://mummy-ila.blogspot.com/2011/01/3-pemenang-contest-mummy-ila.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails