Friday, January 28, 2011

The Most Memorable Moment Contest

Klik Banner Untuk Join..

Tarikh Tutup:
6 Februari 2011

Satu kejadian yang boleh Cute Mum kategorikan sebagai " The Most Memorable Moment" adalah masa Majlis Cukur Jambul Dania Alisha anak perempuan pertama kami...


Majlis Cukur Jambul nie diadakan pada 10 Julai 2010.. Dania baru berusia 42 Hari masa tue.. Majlis diadakan di rumah My Parents.. Semuanya berjalan lancar.. Ramai juga tetamu yang hadir.. Tapi disebalik Majlis ini ada Kenangan Manis & Pahit kami lalui...

Yang manisnya, Majlis ini sepatutnya diadakan pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang pertama pada 3 Julai 2010.. Tapi terpaksa ditunda sebab Abang Cute Mum kursus.. Majlis ini ibarat sambutan Anniversary kami.. Sangat gembira sebab tak sampai setahun usia perkahwinan kami, kami dah dikurniakan cahaya mata sebagai penyambung zuriat kami.. Kami berdoa semoga Dania menjadi Anak yang Solehah & Bijak...

Yang Pahitnya, 4 Hari sebelum Majlis berlansung.. My Mom telah mengalami kecelakaan yang memberi kesan dalam hidupnya.. My Mom terjatuh dari kerusi dan pengsan.. Terpaksa dikejarkan ke ICU.. Doktor kata Jantung My Mom lemah.. Terpaksa buat Operation Jantung.. Masuk Bateri... My Mom ada kata "Kalo Mak takder pon, teruskan jer Majlis tue..." Tergamam & sedih sangat Cute Mum mendengar kata-kata tue.. Syukur sangat, sehari sebelum Majlis My Mom dibenarkan keluar Hospital.. Cuma kena banyakkan berehat..

Orang yang paling banyak berjasa untuk Majlis Cukur Jambul ini adalah My Mom..Sebab tue sampai bila-bila pon Cute Mum tak akan lupa kenangan ini..

"Terima Kasih Mak.. Uyun sentiasa doakan kesihatan Mak..
Engkaulah Ratu Hatiku!"

1 comment:

Areef Ibn Naim said...

salam,

tq sudi join contest saya n sudi follow blog sy...

hidup ini mmg tdk segalany indah, kdg2 allah memberi kita ujian yg dpt menguji kita menjadi insan yg sabar dan redha atas ketentuannya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails