Thursday, April 28, 2011

1st Giveaway from Cik Mieza

Klik banner untuk join.

Cute Mum tag:
Sweetmama
Eb

Tarikh Tutup:
30 April 2011

Kalau bercerita pasal Majlis itu terlalu luas pengertiannya.. Macam-macam majlis yang kita akan raikan samada Majlis Perkahwinan, Hari Lahir dan banyak lagi.. Kali nie Cute Mum nak ceritakan Majlis yang membawa erti yang sangat besar dalam kehidupan Cute Mum..

Pada 5 Julai 2008.. Cute Mum telah selamat menjadi tunangan kepada En. Aima.. Jejaka pilihan hati Cute Mum.. Kami berjumpa semasa bekerja di tempat yang sama.. Selama 2 tahun kami berkenalan dan akhirnya mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga..


Selepas Waktu Zohor 3 Julai 2009, Cute Mum dan En Aima diijabkabulkan.. Alhamdulillah..Status Cute Mum pon telah berubah.. Selepas ini banyak perkara rumah tangga perlu Cute Mum pelajari..


4 Julai 2009, Majlis Kenduri Kahwin sebelah Perempuan berjalan dengan lancar.. Warna Coklat telah menjadi pilihan.. Mak Cute Mum menjadi Perancang Majlis ini.. Terima kasih mak..


5 Julai 2009, Majlis Bertandang ke rumah pengantin lelaki.. Tema Ungu dipilih sebab warna kegemaran Cute Mum.. Seronok bila sempat buat Outdoor Photoshoot.. Lokasinya belakang rumah Mertua..


Sepatutnya pada 3 Julai 2010, kami menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Pertama dengan mengadakan Majlis Cukur Jambul cahaya mata kami yang pertama,Dania Alisha.. Oleh kerana ada masalah sedikit.. Majlis diadakan pada 10 Julai 2010 dengan meriahnya..


Insyaallah 29 Mei 2011 ini kami akan mengadakan satu lagi majlis iaitu Majlis Ulang Tahun Dania Alisha yang pertama.. Dah semakin besar anak Cute Mum nie...

Inilah majlis-majlis yang memberi seribu makna kepada Cute Mum..Dari seorang gadis kemudian isteri dan sekarang seorang ibu..


Jom Join HeartBeat!

1 comment:

cik mieza said...

tq 4 join...
gud luck ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails