Tuesday, December 27, 2011

Bosan kat ofis, bergambar & Menang Yuna's autographed perfume bottle!

heheh.. Rasa nak tergelak pulak bila teringat masa Cute Mum join Contest kat Follow Me..Ceritanya macam nie..

Hari jumaat, kerja Cute Mum dah siap.. time rehat Cute Mum lepak kat ofis jer.. Sambil tue tengok apa-apa Contest yang ada kat FB.. Tapi tak banyak kecuali Contest Game dan Slogan.. Time tue otak dah tepu.. Tak dapat nak pikir.. Sekali tue ternampak Contest kat FB Follow ME..

Caranya, kena post gambar kat Wall mereka posing macam Yuna dalam Botol Perfume nie..


Mula-mula rasa segan pula nak join.. Tapi dah bosan, cepat-cepat ambil kamera dalam beg dan cuba snap sendiri..Nasiblah kat ofis takder orang.. Kalo tak mesti kata Cute Mum poyo..huhuu..


Sekali baru perasan yang salah tangan dok tongkat dagu tue.. Pastue try guna self timer untuk ambil gambar yang lain.. barulah sama.. Terus Cute Mum post kat Wall Follow Me.. Masa tue tak kesahlah muka selebet ke apa.. Mana ada Make-Up nak touchup.. Natural Beautylah konon.. hihi..


Dan harini dah keluar result.. Cute Mum 5 peserta awal yang post gambar dan dapat Yuna's autographed perfume bottle!


Syukur.. Tak sia-sia Cute Mum bergambar poyo.. Dapatlah perfume free lagi.. Suka!

Kemenangan ke-18 di bulan Disember 2011
Total Kemenangan 2011 : 269

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails